Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang ke Produk Kami                     

 

Palet Halalan Toyibban

Permasalahan yang wujud terhadap permakanan ikan yang diternak oleh pihak madrasah menyebabkan pihak Team Revolution atau Pasukan Inovasi Madrasah Idrisiah menciptakan satu formula baru pembuatan produk palet makanan ikan yang murah, berkualiti dan halal. Antara objektifnya, ialah untuk membantu  penternak khususnya dalam kalangan mereka yang beragama Islam. Bahan-bahan yang digunakan bermutu dan mesra alam dibantu oleh pakar-pakar permakanan haiwan tempatan daripada Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri.  Gabungan idea ini telah membantu mencipta satu produk yang dipercayai dapat menyelesaikan sebahagian daripada permasalahan ummah dari aspek kesunatan dan syariat berhubung dengan permakanan ikan negara.  Palet Halalan Toyibban produk Madrasah Idrisiah Bukit Chandan akan menjadi satu jenama baru dalam industri permakanan ikan di dalam dan luar negara.